Tuesday, July 26, 2011

I'm Back


Erghh..I need to cuci the sawang dulu..baru ade mood nak ber'blog'






Bubyee!!!

Monday, May 16, 2011

.:Balek Kampung:.

Saya mau balik kampung.
Saya sangat gembira.
Nanti saya akan uploadkan gambar (janji palsu lagi..gulpp)
Waaahhh..happynye saye!!!
sambil berlagu  Balek Kampung oleh Allahyarham Sudirman

Monday, May 9, 2011

::Happy Mother's Day::

I know it's late..but still
I want to wish Happy Mother's Day to all mother in the world..
especially to my mother, Che Eshah kite and my mother in law, Puan Norisah..
I love u both..with all my heart..
Now I know how it feels to be a mother
It's not easy to be the best..but all I have to do is try
Thank you both Maks..

"Nobody knows of the work it makes
To keep the home together.
Nobody knows of the steps it takes,
Nobody knows-but Mother." 

notakaki : Cerita Mother's Day tahun ini : Celebrate Mother's Day kat Universal Studio Singapore ngan ibu mertuaku..my mom plak is having fun at China with her daughter in law..and saya pulak sakit-sakit badan penangan mendukung anak teruna ku yang gebuss itu..adeh..terima kasih,nak..mama rase slim dah sket pas Mother's Day hari tu

Friday, May 6, 2011

.:Jalan-Jalan Lagik:.

Oh..i loikee..
Tak sempat i nak update pics cuti cuti cintan kami di Langkawi hari tu
Insya Allah nanti I'll update gambar mana-mana yang sempat
(oh,berharap ini bukan janji palsu seperti kontraktorku itu, tetibe)
Hari ni aku akan membawa mak mertuaku, adik iparku,adikku yg senget itu dan ncik hadiff ke Singapore *lagi*Hehe
Sempena Mother's Day ni, bawaklah mak mertuaku yang best itu berjalan-jalan.
Oh,USS untuk sekelian kalinya bertemu kita lagi..(^_^!)
Adoii..memangla tempat itu sangat best tapi kalo dah asyik pegi je mungkin excitedness itu sedikit kureng
Apepon, kite tengok cemane..ntah-ntah aku yang excited lebey..haha!
Okay, so doakanlah supaya kami selamat pergi dan kembali..
Moga percutian ini diberkati jugak..
So,till now, peeps!


Much love,

notakaki : tak sabar nak tengok ncik Hadiff punye reaksi bile jumpa maskot kat USS tuh..hehe

Wednesday, April 20, 2011

Hati Gumbira!

Oh,yeah!
Mood sangat baik..
Kerana apa?
Sebab saya mahu bercuti dengan encik Kumbang and jiwaraga saya..
Tahukah anda di kala kita tertekan dan suami ajak bercuti (malah sponsor skali) itu adalah satu kenikmatan yang tak terhingga..
Tidak kira mana destinasinya,,
yang penting jauh dari tempat biasa
yang paaling penting bersama orang yang tercinta
Saya sedang megira waktu..
Cepatlah masa berlalu.
Saya tak sabar menunggu!

notakaki : Every moment spent with you is the moment i treasure..yeyy..yeyyy!

Tuesday, April 12, 2011

.:Stress oh stress:.


Go to fullsize image
image googled

Read my lips, people
I am stress..
Yes,it's S.T.R.E.S.S
Trying so hard to tell myself that I'm okay
which is not(takut effect pengeluaran susu, dahla ala-ala takat hidung skang nih)
My work load had piled up..
Handling big bosses,small bosses is such a torturing phase to me..
My 'to do list' is increasing without mercy
And being not-dat-intelligent-and-well knowledge is bothering me..i wish i'm smarter and genius!
And..phew,i 'm sighing which is i should have not
Again..I remind myself how lucky I am to have job while others don't
Untuk menghilang stress yang menggunung ini,why not kita listkan..
Apa yang boleh dilakukan untuk menghilangkan ke'tensenan' yang menggila ini

Yeah, treat urself with food..yessss...i love eating..i love good unhealthy food ..who doesn't?hmm..maybe i try to cook good food..






Tapi,kalau masak tak sedap nanti boleh bikin stress juger..
pastu dah sah-sah aku yang mengabeskan makanan itu
Dan tambah pulak berat badan..tambah lagik stress
Arrrghhhh..
Hmm..who cares though?


How bout shopping??
image googled

Yeaahh,nice one..pastu duit aku abes 
pastu aku stress jugak 
Rijek!


A vacation,yes?

Jom.Hadiff..let's pack our stuff and ajak papa for a getaway,sayang




Bercuti??hmm....BESTNYE!!
I love having a vacation..
with my mr.kumbang and precious..

but  both of us do not have time..
I've told you my work load tengah men'cekik' skarang ni :(


Alrite, Alice..off to reality..wake up from ur Wonderland.*sigh*




notakaki : sedang mem'blog' sambil menikmati iced latte from Coffee Bean..oh,yes..it works in reducing my stress* a lil bit*

Thursday, March 31, 2011

::Dari Mama untuk Rayyan Hadiff::

Anakanda mama,
Sepatutnya mama postkan entry ini khusus pada hari kamu dilahirkan..
Tapi mungkin masa yang tidak mengizinkan..
Mungkin juga banyak hal yang perlu diselesaikan
tapi ingat,sayang..
Mama tidak pernah lupakan waktu dan saat kamu dilahirkan..
Mana mungkin mama melupakan waktu mama mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan kamu,nak
Mana mungkin mama melupakan detik mama bergelar ibu
Gelaran dan anugerah dari Allah yang mungkin tak semua orang kecapi
Syukur padaMu, Ya Allah..

Tanggal 26hb Mac 2010, mama dimasukkan ke dalam  hospital Pusrawi kerana bukaan menunjukkan 3cm
Masha Allah,langsung mama tak perasan..
Sampailah bukaan 5cm pun mama tidak merasainya, Subhanallah..
Lantas mama diberikan epidural kerana itu pilihan mama..
Bukaan menunjukkan 10 cm namun setelah diteran kamu masih enggan keluar,nak
Rupa-rupanya posisi kamu dalam keadaan mendongak dan kamu tersangkut di celah paha mama..
Doktor Marsita meminta izin untuk melakukan pembedahan memandangkan nadi kamu mula menurun
Mak Tok dan Papa yang menemani kita mulai cemas
Tapi mama tetap tenang kerana mama tahu Allah bersama kita dan semua yang berlaku kehendakNya
Mama diusung ke dalam dewan pembedahan dan ketika itu mama keletihan
Mama penat,sayang..dan mama dahaga yang amat..
Sewaktu mereka membedah perut mama, hanya Allah sahaja dalam pemikiran mama..
Dengan izin Allah, kamu keluar melihat dunia tepat pukul 4.43 am tanggal 27 Mac 2010
Seluruh pasukan di dewan bedah berzikir memuji Allah " Subhanallah" beberapa kali dengan kuat sehingga lidah mama kelu..
Mereka tunjukkan kamu kepada mama..dan mama menangis seiring dengan tangisan kamu yang kuat..
Mama sekarang bergelar seorang ibu dan kamu adalah amanah Allah untuk mama..
Setelah itu mama pengsan dan denyutan nadi mama turun..
Mama tidak sedarkan diri sehingga mama diusung keluar dari dewan pembedahan
Apabila mama bangun mama terasa dahaga yang amat..sehingga mama merayu untuk diberikan air
setitis cukuplah,kata mama..
Mama teringatkan kamu..pasti kamu lapar,kan nak..
Akhirnya dengan kudrat yang ada, mama berjaya menyusui kamu dengan susu mama..

Begitulah serba ringkas mengenai pertemuan kita, Rayyan Hadiff bin Shamsul Afiq Sani
Bukan mama mahu mencanangkan pengorbanan mama..
Untuk tatapan ikhlas buat kamu dan mama juga..
Melalui hari-hari bersamamu membuatkan mama sentiasa menghargai apa yang ada
Mama ingin menjadi seorang yang lebih baik..
Menjadi seorang pemegang amanah bukan kerja mudah,
Mama dan papa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kamu,
Mama mungkin tidak mampu memberikan harta yang melimpah ruah,
tapi mama tidak mungkin akan memberikan kesusahan kepada kamu,
bukan juga bererti memanjakan kamu..dunia ini tidak semudah yang kita sangka,sayang..
Apa yang mampu mama cuba ialah memberikan didikan agama dan moral secukupnya
buat bekalan kamu dalam mengharungi dunia penuh dengan dugaan
Untuk permulaan, biarlah mama curahi kamu dengan kasih sayang dan mengenyangkan perut kamu dengan susu mama,
Tidak mama izinkan walau setitis susu lain mengalir dalam perut kamu itu,
Itulah bukti cinta mama kepada kamu,Rayyan Hadiff
Demi cinta itu, mama sanggup berjaga malam setiap 3 jam untuk mengepam susu buat mu
Allah tidak mengurniakan susu mama semewah orang lain,nak
tapi mama tekad demi kamu..ikrar mama..
sehingga setahun tiada susu yang mengenyangkan kamu
melainkan susu mama..
Dan tanggal 27.3.2011 mama mengotakan janji mama..
Mama berjaya,Rayyan Hadiff
Dalam tak sedar mama menangis terharu dengan kejayaan mama..
Dugaan bukan sedikit,sayang..Susu tak mewah,seluruh stok susumu dibuang di waktu pengeluaran susu umpama kais pagi makan pagi..
tapi dengan izin Allah, setahun cukup kamu hanya minum susu mama disulami dengan air suam
Seingat mama inilah kepuasan mama yang terhebat..
tapi perjuangan mama tidak akan sesekali terhenti setakat ini
mama akan berikhtiar sehingga kamu cukup 2 tahun setengah..Insha Allah
Istilah 'nek ai' akan sentiasa berbunga di hati mama..
Itulah panggilan mu terhadap susu mama..

Sayang mama, Rayyan Hadiff..
Di saat ini kamu tidak lagi mengenal cinta lain selain dari cinta kami,nak..
Tidaklah kamu merasai peritnya dunia ini yang penuh dengan kekejaman
Sesungguhnya jika terdaya tidak akan mama izinkan kamu disakiti,
Tidak akan biarkan kamu dikhianati,
Tapi itulah lumrah dunia, nyawaku
Itulah kehidupan namanya,
Akan ada jatuh bangun disitu,
Akan ada menangis dan kegembiraan dirasai..
Tapi kamu jangan bimbang, sayang
Mama dan Papa akan disamping kamu,nak..
Kami akan sambut kamu di kala kejatuhan,
menyokong kamu di kala tersadung,
memeluk kamu di kala kamu perlukan,

Cuma ingat pinta mama,
Berterima kasihlah kamu pada papa..
Sesungguhnya kamu sangat beruntung memiliki bapa sebaik beliau,
Mama bersyukur dialah bapa kepada kamu Rayyan Hadiff,
Orang yang mengazankan kamu sewaktu kamu menjenguk dunia,
Tiada yang lain..melainkan dia..
Ingat pesan mama,
Bukan wang yang mama minta mahupun balasan duniawi dari kamu,
Cukuplah kamu ingat pengorbanan mama dan papa,
Doakan kami, bacailah Al-Quran dan sedekahilah fadhilatnya pada kami,
Boleh kan,sayang mama?

Di harap coretan mama tidak membosankan kamu..
Merangka ayat bukan kelebihan mama,
Apa yang kamu perlu tahu, mama dan papa ikhlas menjalankan amanah kami,
Sayang mama dan papa pada kamu tidak berpenghujung..

Setahun sudah berlalu, dan mama hadiahkan doa supaya kamu diberkati Allah dunia dan akhirat,
Tidak mengapa kamu tidak kacak di mata orang,
ketahuilah kamu lah penawar mata dan penyejuk hati kami,
Dakapan dan ciuman mu menghilangkan kedukaan kami,
Panggilan mama dan papa menambahkan semangat kami,
Semoga sayang mu pada kami berkekalan dan tiada setandingan,
Walau 20 tahun,30 tahun sehingga kami menutup mata..kasih mu langsung tidak berkurangan,
Dengar sayang,
Mama menghalalkan setiap susu yang menitis ke dalam mulut mu,
Itulah hadiah mama buatmu,sayang..

Close your eyes, 
Have no fear, 
The monsters gone, 
He's on the run and your daddy and mommy are here, 

Beautiful Boy, 
Before you go to sleep, 
Say a little prayer, 
Every day in every way, 
It's getting better and better, 

Beautiful Boy, 
Out on the ocean sailing away, 
I can hardly wait, 
To see you to come of age, 
But I guess we'll both, 
Just have to be patient, 
Yes it's a long way to go, 
But in the meantime, 

Before you cross the street, 
Take my hand, 
Life is just what happens to you, 
While your busy making other plans, 

Darling Rayyan Hadiff
Day 1

1 month




2 months



3 months


4 months

5 months

6 months

7 months

8 months

9 months

10 months

11 months











*



**




***




***

Toddler*tears*


 Ikhlas dari Mama
b/p papa (boleh gitu?hehe)