Saturday, June 16, 2012

My 2012 Trip : Au Revior Disneyland , Bonjour Central Paris

Day 4 


Date : 29.3.2012
Venue : Disneyland, Paris & Central Paris


Baiklah, aku selingkan dengan entry lain supaya korang tak muak melihat gambar..macam lebih kurang jer. Katanya tempat sama kan...
Hari ni last day kami di Disneyland Paris.
Hadiff masih demam and it was getting worse. Pipi and bibir dia merah sangat.
Dia pun lemah and refuse to eat.
Hancur luluh hati ku..tak putus-putus aku berdoa.
Risau sangat..


Tengok en Hadiff tuh..lemah jer...:(

Mama cuba buat dia lebih bersemangat tetapi tidak berjaya.

 Selepas gambar ini diambil, Hadiff meronta-ronta nak mintak 'milk'. Hm..aku pon duduk di luar sebuah restoran called Earl of Sandwich.
Actually there was a 'bad' thing almost happened to us.
Sebenarnya nak masuk lepak tapi masa ni tengah dok pikir ada tak makanan yang halal untuk kitorang jamah.
Hadiff dah tak boleh nak tolerate. He cried and aku just direct feeding je kat luar cafe tu meanwhile my Other Half masuk tanya ada halal food tak untuk dimakan.

Tuan-tuan dan puan-puan nampak tak beg hitam yang bersilang di badan aku kat atas nun.
Iyer, disinilah bermulanya cerita ku..disebabkan nak nyusu so aku bukak la beg tu kan..karang berbelit plak ncik Hadiff nak minum. My Other Half keluar dari cafe dan mengesahkan ada sandwich yang boleh dimakan oleh Muslim. Aku pun tanpa pikir panjang just dukung encik Hadiff dan membiarkan my Other Half bawak segala barang and stroller. Ops, lupa. time ni banyak barang sebab kitorang dah check out. Lepas cari tempat yang sesuai, aku sambung menyusu dan tidurkan Hadiff. 


My Other Half  pon beratur belikan makanan...Masa ni jugaklah ada couple tua yang agak 'racist' dok usha kitorang selek jer.. Sekali aku angkat muka, pandang pandang lagi..Dua, tiga empat sampai lapan kali angkat diorang masih usha lagi. Aku pon dengan tenang dan lafaz Bismillah aku stare diorang balik.Kali ni pandangan aku direct kat muka diorang dan apa yang aku cuba sampaikan melaui mataku yang bersinar ni adalah"is there something wrong?Oh, is it because I'm wearing hijab or maybe u feel awkward watching me breastfeeding my 2 year old son?"


Kalau itulah yang membuat mereka rasa jelek memang silap orang la..mau aku bertahan habis-habisan. Tapi bila aku tengok dengan pandangan yang bersahaja dan tenang tu, dorang pulak yang macam malu-malu alah ngan aku..huhh.. 


Sekilas tu aku teringat, oh, mana beg hitam aku yang berisi passport kami bertiga and duit cash sepanjang trip kami ni. Bear in mind ye tuan-tuan dan puan-puan.. Ni baru hari ke empat, masih berbelas hari lagi kami di bumi asing nih..Huwaaaa, our passport!!Nak gadai cincin and rantai pon tadak sebab semua ditinggalkan..maklumla takut kena rompak. Kang dorang tengok aku pakai tudung bawal batu ni dorang ingat berlian pulak.


 Aku time tu dah tak pikir panjang. Aku letak Hadiff yang ketiduran dalam stroller and aku terus berlari keluar. Kat tempat aku duduk tadi dah diduduki oleh sekumpulan makcik yang kerek dan seblah meja tu sekumpulan lelaki yang sangatlah gangster. Memang cuak jugak la aku nak tegur.
Apa yang aku buat adalah, aku menangis tang tang tu jugak...bukan nak tanya dulu ke apa.


Tetiba salah seorang mamat yang kelihatan samseng tu bangun," Mademoiselle,u bag?"
Huahh..masa tu aku rasa nak melompat tapi dengan calm aku angguk.."I give to shop"sambil tunjuk cafe yang aku duduk tu.."thank you, merci beaucoup" aku berlari masuk ke dalam. Queue pulak panjang..memang cantek..aku potong queue sebab aku panik.lantakla, aku bukan nak beli just nak tanya mana beg aku jer. Ni antara hidup dan mati!Kalau aku beratur ada kemungkinan aku pitam disebabkan jantung aku tak mampu mengepam dengan kelajuan yang dahsyat tu.


" Excusez moi, have u seen my sling bag"
Cashier tu tengok aku dan angguk sambil senyum.Barulah aku boleh toleh kat barisan yang aku potong tu dan mintak maaf. Yang bestnya omputeh ni sporting.Maybe apa yang penting bagi diorang at least kita minta maaf dan senyum.Nak tunggu aku belanja bayarkan sorang-sorang memang tak lah kan. Tapi tak tau la kot di sebalik "it's okay" tu dorang maki berkajang.


Cashier tu keluarkan beg aku dan bila aku tengok 3 keping buku merah berlogo emas tu aku terus melompat.drama kaaaann..baiklah, aku dapat merasakan sangatlah malu tapi what a relief..


Balik ke meja, my Other Half dah memberi kan satu pandangan..aku cepat-cepat menjawab " Ala, tak yahla marah.Kan dah jumpa balik"


Hehhee..Barulah berselera aku makan..




Tuna Melts yang super sedap dan four type of cheese sandwich~such a mouthwatering. Sampai skang aku terbayang ksedapan sandwich nih



Sepanjang insiden panik dan mengisi perut, inilah keadaan Hadiff..tido dengan lemahnya. pipi dia merah kan??























Some of the places and rides in the Disneyland.
Nanti aku buat entry berasingan yang menceritakan ecah rides yang ada dan aku penah naik.
Kalau nak sumbat semua ni dalam satu entry memang tak dapek akak nak nulun..




Time ni kitorang tengah tunggu abang-abang macho balik hotel amik barang yang dismpan dalam locker hotel. Lepak starbuck and order iceblended supaya pedih ulcer Hadiff berkurangan..

Layankan gambar lagi





Au revoir, Disneyland Paris.. I hope we can meet again. We had a really good time with you..

Amey tengah beli tiket train


Ni dekat train station Disneyland yang nak menuju ke Central Paris
Kat bawah  ni gambar-gambar kitorang dalam train nak ke hotel. Sepanjang train ni kitorang kena banyak bersabar sikit. Diorang ni kasar sikit.ke kita yang lemah lembut..eceeeh..
Pick pocket is everywhere.




 tengok betapa kuatnya angin kat sana..tudung aku pon dah lintang pukang jadiknya..

 Pelik kan.. keluarnya Hadiff dari Disneyland, he was way better and happy.
Hmm.. Iwonder..mungkinkah dia demam ketakutan sebenarnya sebab dia memang fobia betol dengan maskot Mickey kat sana. Sehingga entry ini ditaip, setiap kali tunjuk gambar apa yang keluar mulut dia adalah.." Mickey Mouse?Hadiff takkot" Hmmmmmmmmm............

Kami dah sampai hotel di Central France. sampai pon dah pukul 7 pm..
Time kaum mommy siapkan anak-anak, kaum daddy gi beli lauk untuk makan nasik.
And they got us this which is super sedap and cheap!







There!Bonne nuit , people...Penat betol..bawak toddler travelling laaagi penat..extra pulak dia demaam?laaaaaaaaaaaaaaaaagi penat..

tapi....

BERBALOI BALOI BALOI BALOI BALOI BALOI

I love you so much Other Half and my Soul

2 comments:

  1. Seriau ok dengar kak wani tertinggal beg tu... hihihi.. *dapat bayangkan muka kakwani cmne*.. cuak!

    ReplyDelete
  2. Hihihi same here.cuak jgk ngn insiden tu.ye la..negara org..alhamdulillah semua ok.cian sis msti panik gile smpai nanges..*luckily xde pepe bad happen.. :)

    Cian gk hadiff demam..fiza pn agak hadiff demam trauma kot..sbb lps tu die cheer up blk..mmg menguji kesabaran gk kn dear bercuti ngn toddler..after all it a sweet memories :)
    * me still keep berangan nk g bercuti oversea hihihi

    ReplyDelete