Wednesday, July 4, 2012

Apple Crumble



Selalunya bila aku makan kat restoran, aku akan make sure ada dessert. Oh, yes..I'm a sweet tooth and sweet person, eh??Gurauan di situ..
Selalunya aku akan order Brownies with ice cream, banana split dan taraaa..'Apple Crumble'
Rasanya yang crunchy2, tak manis sangat dan tekstur apple dengan hint of cinnamon..waaaa..go figure..
Anakandaku itu setiap hari akan makan sebiji apple..sejak dari kecik dah terbiasa.
Oleh itu stok apple memang akan ada kat rumah. Ntah macamana hari tu aku beli apple lebih sikit kes malas nak keluar banyak kali dan ayah aku pon beli jugak. So ada lebih kurang 5 bungkus apple dalam rumah. Aku pun memulakan misi mencari resipi yang berkenaan apple..Mula-mula nak buat kek tapi macam dah muak dan tetiba ternampak resipi Apple Crumble ini. Jom kita tengok :

Resipi asal disertakan tapi mana yang aku dah modified aku letak sekali.Ikot tekak sendiri yer..

Bahan- bahan yang diperlukan :



3 biji Granny Smith Apple 
Aku pernah gunakan kedua-dua apple dalam dish yang sama and happen to be semua pakat dok korek green apple. Red apple rasa macam kering sket. Atau maybe red apple aku hari tu tua, ataupun mungkin kes sabotaj, hmmm???



170gram / 6oz butter  
aku gunakan buttercup, apa motif bagitau brand pon tak tau. Nak kata dapat komisen pon tidak.



170gram / 6oz gula 
perhatian ye puan-puan, I ni bukan pemanis orangnya, my Other Half selalu bagitau kalau bukan manis bukan dessert la namanya tapi aku tetap tak tahan manis.Oleh itu dalam resipi ni aku kurangkan kepada 140-150 gram gula. Dan aku gunakan brown sugar sebab aku selalu merasakan brown sugar taste just right with apple.



280 gram /10 oz tepung naik sendiri 
yang ni pulak aku pakai tepung biasa je sebab yang tu je ada kat dapur..hee~


optional : serbuk kayu manis
               cornflakes/ rolled oats


I tak bubuh pon tapi one day nak try letak cornflakes, kalau buh oat takut muak


Cara nak buat : 


1. Sebelum apapa, baca Bismillah dan selawat banyak-banyak, kan nak bagi orang tersayang nak makan :)


2. Panaskan oven- 180 degree nanti senang dah siap terus masukkan dish je


Mula- mula kita buat crumble dahulu. 


3. Dalam satu mangkuk yang besar, gaulkan butter dan tepung sehingga sebati. Untuk peringkat permulaan, aku guna garfu. lebih senang untuk dibuat.


4. Selepas agak sebati baru kita ambil gula dan jadikannya crumble. Yang part ni aku pakai tangan yang dibasuh dengan antibacterial soap. Macam aku suka crumble tu kasar, tapi kalau tengok kat kedai slalunya halus mulus gebu gitu.


5. Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tambah oat dan cornflakes sebaik-baiknya lakukan sekarang.


Tempoh masa diambil : 3 minit (profesional) 7 minit (aku ler tuu)


6. Susun apple yang dipotong dalam oven dish dan taburkan cinnamon.Jangan banyak ye, sat lagi rasa pon dah lain. Just secubit dua gitu je.


7.Taburkan gula yang selebihnya tadi ke atas apple. Kalau boleh biar sebati dengan apple ye.


8. Lepas tu ratakan crumble ke atas apple yang disusun tadi.


9. Bakar dalam 30-35 minit atau sampai keperangan. Siapp!!!!!


10. Sila tunggu dalam 10-15 minit baru makan sebab they can stay really hot. Tak pasal-pasal deria rasa anda tidak berfungsi dan masa tu, apa pon tak rasa dah.


Senangkan, kalau nak simple serve dengan ice cream tapi aku suka custard sauce.
Sebenarnya boleh je nak potong apple dulu tapi selalunya apple kan cepat tukar warna.
Tambah pulak aku masak ni selalu anakanda pun jadi penolong terhormat. Sebab tu aku buat crumble dulu supaya takdela apple ku ter'expose' lama-lama..


Selamat mencuba!











2 comments:

  1. jgn lupa update resipinya jugak plis ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, mommy dah balik dari london ek?baekkk..senang sangat nak buat ni..tungguuu

      Delete