Wednesday, July 18, 2012

I'm Pissed Off

My Creator,

Grant me the serenity to accept the things I cannot change,
The courage to change the things I can,
And the wisdom to hide the bodies of the people
that I had to kill..

because ..

THEY REALLY MAKE ME PISSED OFF!!!



Arghh..!!

notakaki : I need to find something to chill me out...

"HADIFFFF!!!"




Wednesday, July 4, 2012

Apple Crumble



Selalunya bila aku makan kat restoran, aku akan make sure ada dessert. Oh, yes..I'm a sweet tooth and sweet person, eh??Gurauan di situ..
Selalunya aku akan order Brownies with ice cream, banana split dan taraaa..'Apple Crumble'
Rasanya yang crunchy2, tak manis sangat dan tekstur apple dengan hint of cinnamon..waaaa..go figure..
Anakandaku itu setiap hari akan makan sebiji apple..sejak dari kecik dah terbiasa.
Oleh itu stok apple memang akan ada kat rumah. Ntah macamana hari tu aku beli apple lebih sikit kes malas nak keluar banyak kali dan ayah aku pon beli jugak. So ada lebih kurang 5 bungkus apple dalam rumah. Aku pun memulakan misi mencari resipi yang berkenaan apple..Mula-mula nak buat kek tapi macam dah muak dan tetiba ternampak resipi Apple Crumble ini. Jom kita tengok :

Resipi asal disertakan tapi mana yang aku dah modified aku letak sekali.Ikot tekak sendiri yer..

Bahan- bahan yang diperlukan :



3 biji Granny Smith Apple 
Aku pernah gunakan kedua-dua apple dalam dish yang sama and happen to be semua pakat dok korek green apple. Red apple rasa macam kering sket. Atau maybe red apple aku hari tu tua, ataupun mungkin kes sabotaj, hmmm???



170gram / 6oz butter  
aku gunakan buttercup, apa motif bagitau brand pon tak tau. Nak kata dapat komisen pon tidak.



170gram / 6oz gula 
perhatian ye puan-puan, I ni bukan pemanis orangnya, my Other Half selalu bagitau kalau bukan manis bukan dessert la namanya tapi aku tetap tak tahan manis.Oleh itu dalam resipi ni aku kurangkan kepada 140-150 gram gula. Dan aku gunakan brown sugar sebab aku selalu merasakan brown sugar taste just right with apple.



280 gram /10 oz tepung naik sendiri 
yang ni pulak aku pakai tepung biasa je sebab yang tu je ada kat dapur..hee~


optional : serbuk kayu manis
               cornflakes/ rolled oats


I tak bubuh pon tapi one day nak try letak cornflakes, kalau buh oat takut muak


Cara nak buat : 


1. Sebelum apapa, baca Bismillah dan selawat banyak-banyak, kan nak bagi orang tersayang nak makan :)


2. Panaskan oven- 180 degree nanti senang dah siap terus masukkan dish je


Mula- mula kita buat crumble dahulu. 


3. Dalam satu mangkuk yang besar, gaulkan butter dan tepung sehingga sebati. Untuk peringkat permulaan, aku guna garfu. lebih senang untuk dibuat.


4. Selepas agak sebati baru kita ambil gula dan jadikannya crumble. Yang part ni aku pakai tangan yang dibasuh dengan antibacterial soap. Macam aku suka crumble tu kasar, tapi kalau tengok kat kedai slalunya halus mulus gebu gitu.


5. Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tambah oat dan cornflakes sebaik-baiknya lakukan sekarang.


Tempoh masa diambil : 3 minit (profesional) 7 minit (aku ler tuu)


6. Susun apple yang dipotong dalam oven dish dan taburkan cinnamon.Jangan banyak ye, sat lagi rasa pon dah lain. Just secubit dua gitu je.


7.Taburkan gula yang selebihnya tadi ke atas apple. Kalau boleh biar sebati dengan apple ye.


8. Lepas tu ratakan crumble ke atas apple yang disusun tadi.


9. Bakar dalam 30-35 minit atau sampai keperangan. Siapp!!!!!


10. Sila tunggu dalam 10-15 minit baru makan sebab they can stay really hot. Tak pasal-pasal deria rasa anda tidak berfungsi dan masa tu, apa pon tak rasa dah.


Senangkan, kalau nak simple serve dengan ice cream tapi aku suka custard sauce.
Sebenarnya boleh je nak potong apple dulu tapi selalunya apple kan cepat tukar warna.
Tambah pulak aku masak ni selalu anakanda pun jadi penolong terhormat. Sebab tu aku buat crumble dulu supaya takdela apple ku ter'expose' lama-lama..


Selamat mencuba!











My 2012 Trip : Au Revoir Paris..


Day 6

Date 1.4.2012

Location : Paris, France

Today is our final day in Paris. My brother and sister decided to stay for another day.
Nak shopping kaan.. Korang perasan tak aku pergi sini langsung tak shopping mopping kan?
Namanya budget kan..tapi apepon sempat gak aku kirim Longchamp kat kakak ipar aku untuk kenang-kenangan. Dah sampai sini rugi pulak tak beli Long champ tu..tapi of course la aku belikan untuk mak dan mak mertua aku..nanti dia dah pueh pakai dia wariskan la kat aku pulak..buruk sikukah??hehehe


Ini hotel yang kitorang duduk..akan ada entry khas untuk penginapan di semua tempat kitorang duduk.Lihat muka Hadiff..kau kenapa, nak?
Kitorang menaiki metro untuk ke destinasi seterusnya iaitu Hard Rock Paris, tempat wajib kalau kitorang jenjalan over the sea..hehe




Papa take care of Hadiff sementara mama pilih baju, lepas tu take turn pulak



Okay, Mama dah 'mabuk' pilih baju..anak-anak ambik keputusan lepak di tangga








Oh, bilakah kita akan ketemu lagi??

Lepas menghabiskan duit di Hard Rock baru terasa kelaparan, hehe..singgah sebentar di cafe untuk pekene croissant..nyam, nyam..alaaa..croissont yang my Other Half kata same je macam roti canai          (-_____-!).. MANA ADE SAMEEEEEE!!!!!


Ini antara kedai makan termurah yang kitorang masuk..tu yang rembat tak hengatnya..tart coklat tu memang menjilat jari


Satu lagi yang aku pelajari..kalau order coffee kat sana bukan kopi o ye tuan-tuan puan-puan, itu maksudnya espresso yang mega pahit tu,untuk orang yang tekak manja macam aku ni kena order americano..ooooo....

Selepas abes breakfast, kitorang terpaksa berpecah. We have to go back to our hotel and picked up our luggage and straight away to Gard Du Nord. My brother and family stayed. and shopped

Hadiff yang tidak dapat berkompromi..time ni mulut dia ulcer so dia hanya nak susu mama sahaja..


Tadaaa dah sampai Gard Du Nord.



Classic bukan?



Lupa nak snap gambar kat tempat menunggu.Barang sangat banyak dan Hadiff pun cranky time ni sebab mama tak kasi tidur..hehe


Au Revoir France...Papa's dream is coming true ;))


The coach



The ticket


The view


and the view



the seat


and finally, safely arrived







Hello London 2012























Tuesday, July 3, 2012

A Night with Hadiff

Situasi #1 :

Bawak Hadiff ambil angin menaiki kereta. Tetiba sangkut kat jem sikit. Ada sebiji kereta yang tak menyempat-nyempat nak mencelah belah kiri di jalan yang sempit itu.

Mama : tekejut aku (nada perlahan)

seminit kemudian

Hadiff : tekejut aku (nada yang jelas dan perlahan)

Papa jeling mama.

Situasi #2

Perjalanan mencari makan diteruskan, mama dan papa berborak kosong.
Hadiff diam sambil meng'enjoy' scenary kat luar.
Tiba-tiba..

Hadiff : Akuu jugak..

Mama dan papa terpinga-pinga.

Mama : dengar dia cakap tak?

Papa : Ehh.. tu, macam scene Upin-Ipin je..

Mama : A'ahla..dalam episod 'Berkebun' quoted by Mael

Papa terus berzikir dan selingan dengan lagu ABC dan Alif Baa Taa..

Adoii..

Peringatan untuk Mama : Sila berhati-hati bila bercakap dengan suami, orang sekeliling, anak anda dan termasuk diri anda. Ada jugak yang nak copycat ni karang..Haihh..