Friday, January 6, 2012

Empty


Aku berfikir sejenak..
Erti kesyukuran..
Aku asyik bersuara,mencemuh,merungut,mengeluh..
Adakah aku lupa bahawa apa yang aku perolehi ini lebih ini lebih mencukupi..
Aku mungkin dalam kekurangan tetapi bukan kedaifan
Mungkin tak mewah tapi cukup
Aku diduga tetapi setimpal,
Sesungguhnya Yang Maha Esa tidak pernah menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya.
Pabila diduga aku mengeluh,
Lupakah aku Allah sedang berbicara dengan ku?
Kepada diri aku berpesan,
Jadilah hamba Allah yang redha,
tetapi bukan bererti tidak berjuang.
Allah tidak akan mengubah nasibku jika bukan aku yang mengubahnya.
Ya Tuhan,
Kurniakanlah kekuatan kepada hamba-hambaMu,
Satukanlah kami dalam Islam,
Rapatkan lah kami dalam satu saf yang kukuh.
Jadikanlah kami sebagai hambaMu yang bersyukur
Permudahkanlah segalanya agar kami dapat beribadah kepada Mu,
Dengan izinMu, 
Ya Rabb
Image googled, thank u and credit to owner :)
Hampir menangisi nasib anak ini :( Moga Allah melindungimu, nak




notakaki : Pesanan kepada diri..Moga dapat ambil iktibar


2 comments:

  1. Pink! Cantik template baru kak wani.....

    *peringatan untuk diri sendiri jugak* Sedihnya tengok..... =(

    ReplyDelete
  2. *peringatan tuk diri sndiri juge..thanx dear sis!:)

    ReplyDelete