Day 2
Date : 27.3.2012
Venue : Disneyland Paris
Baiklah..saya gigihkan untuk menaip entry hari ke-2 saya di Disneyland Paris.
Baru aku perasan, kalau lambat tulis entry ni alamatnya tiadalah jua kenang-kenangan selain gambar
Ni pon slow slow lupa dah..
Dah tua sangat ke aku nih..*Gulp*
Waktu dalam fasa perancangan Euro Trip ni, my Other Half ngan I dah capai kata persetujuan no rushing and stress..kiranya let's go with the flow la nih..
Memang itulah yang terjadi..dulu time bujang, aku selalu gak travel ngan my Other Half
Kalau boleh dalam 24 njam tu kira nak beraktiviti jelah..kalo bleh tido 4 jam je..
Sekarang ni bila dah ada si kecik ni memang dah lain sikit..mesti ikut timing dia.
Mana nak cover jet lag lagi, takot dia tantrum la letih la..
So kalau ada sesiapa yang very the free and easy tu tak boleh nak compare ngan trip aku yang maybe sangat rileks nih..huhuhu..memang rasa rugi skit..yela, travel berbelas jam, ribuan pulak tiketnya tapi bagi mengekalkan momentum si Hadiff ni untuk bertravel selama 15 hari, itulah strategi kami..hoho..
Hari kedua ni kitorang bangun agak lambat..syukur si Hadiff tak kena jet lag yg teruk..jenuh gak aku tahan dia tak bagi tido sebab nak suit dengan time di France nun.
We missed the breakfast at the hotel.
Tpi bila kitorang kuar bilik dalam pukul 9.30am orang beratur, humang aiiii..ramai giler..
Naseb kitorang ada ini...
|
Haaa...penyelamat. Tips ye kenkawan..sila jangan rasa rugi bawak bekal. Boleh menyelamatkan masa dan fulus jua..
|
|
Anakanda yang tak menyempat nak keluar..Jangan risau makanan mu jua disediakan. Taraaa..
|
|
dah sampai negeri omputeh kan..tekak pon mat salleh juga,,
|
|
Pulun semua nak disney..sampai bukak tv pon cite disney jugak..
|
|
Ha, kalau korang nak tau ni tempat menunggu shuttle bus..bagi orang-orang yang berhemah mereka akan sentiasa beratur dan menghormati orang lain, tapi tu tak semua orang pikir benda yang sama..skali dia langgar dengan stroller daa.. terkebil-kebil daku menahan kesakitan disorong stroller yang menampung budak berusia 5 tahun itu..Lantak ko la, ko jawab di akhirat seksok...ehh???gurauan di situ..moga kita semua dilindungi Allah ;)
|
|
Itulah shuttle busnya.. besar kan??
Happy Birthday, Rayyan Hadiff..I'm blessed to have you as my baby..
Ni kitorang tengah tunggu kapal besar yang kat belakang tu sampai..yes, please jangan terkejut dong..telah dimaklumkan kitorang ni suka permainan atau rised yang aman sahaja..tapi jangan tak percaya, the view from the deck is breathtaking, seriously!
Here comes the best part.. bila maskot muncul di waktu itulah anak bertuah ku itu akan MELALAK..ingat ye, melalak bukan menangis teresak-esak..Huwaaaaa... mamanya pon nanges jugak sebab tensen tak dapat nak berpelukan dengan maskot tuuuuuu..
Monkey (tak ingat nama watak ni) : Hi, kiddo!Hadiff : HUWAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!
OMG, I'm soooooo jatuh hati dengan watak Jaafar nih. He looks very the evil..stylo okay.. I love this picture so much..Ada bukti si Hadiff ni takot maskot.. Boleh blackmail dia..ha ha ha *evil laugh* Ingat..kalau bila dewasa seksok kamu buat hal, mama akan sebarkan gambar ni pada khalayak
ehh..bukan dah sebarkan ke ni??
takat tengok dari jauh je laaa.....
Subhanallah, cantik sungguh bunga ni..Terima Kasih, Allah kerana peluang ini..
Hehe..koleksi gambar ku ber'bf' Hadiff di Europe
Emmm,, sebenarnya...kerusi tu sejuuuuuuuuk..selepas sejam lebih duduk atas kerusi ianya mengakibatkan aku sakit pinggang..Tips sambilan.. Sila bawa patch untuk sakit urat tuh..macam-mcam ada skang..Panadol la, Tiger Balm la, Salonpas la..tidak rugi jua..
My Sleeping Prince..Amannya hidup ketika ini..
It's fish and chip yooool..
15 euro dapat 2 keping ikan agak besar..plain dan boleh tahan ..syukur...
Hadiff naik horsh.. his favourite ride..Mama sedang menahan kesakitan pinggang yang dahsyat
Pastu mama ajak balik.. Dedua jejaka kesayangan hamba menahan perasaan...kehkehkeh.. Sorry, tak tertahan sangat sakit tu
Setelah berehat, menunaikan solat dan memakan serba sedikit bekal makanan, kami meneruskan hari kami
Muka happy balikUntuk petang ni kami just aim nak tengok Parade, di mana mostly karakter kartun akan keluar dan menyanyi secara live.. Interesting, kan??Sila layan gambar..ada video sebenarnya tapi apatah masalah nak upload ni..
Lepas habis Parade tu kitorang terus jumpa family abang aku. Wah, happy okay.. Lama kot tak jumpa dorang.. And untuk permulaan game aku dah rasa tak sedap hati.. Rasa tak sedap hati aku adalah tepat sekali di mana abang aku memaksa aku naik sejenis ride yang biasa sahaja katanya.
Ya, benda di belakang itu lah aku naik dan I H-A-T-E you, Space Mountain Ship
Gambar di atas adalah gambar mommies and sons
Gambar Daddies and son~eh, si Affan dah ghaib ntah ke mana
The Sons
Kitorang jalan pastu lepak pastu jalan sampai nak tutup baru lah kitorang balik hotel.
We stayed in the same hotel and they manage to get the room in front ours..
For the dinner, kitorang masak nasi berlaukkan sambal ikan bilis kak Ika yang yummy dan serunding dan kari kapitan from Yeo's.
Gambar tak sempat disnap disebabkan semua tak nak mengalah takut tak dapat ambik lauk lebih..hehhe
tipu jer.. Lapar woooo!
|
Berakhirlah entry Day 2..haaa..panjang kan..sila jangan bosan..(^^)v
hihihihi, tak busan, best! best!! :)
ReplyDeleteTak bosan pun.. lagi lagi lagi... =)
ReplyDelete