Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Apple Crumble



Selalunya bila aku makan kat restoran, aku akan make sure ada dessert. Oh, yes..I'm a sweet tooth and sweet person, eh??Gurauan di situ..
Selalunya aku akan order Brownies with ice cream, banana split dan taraaa..'Apple Crumble'
Rasanya yang crunchy2, tak manis sangat dan tekstur apple dengan hint of cinnamon..waaaa..go figure..
Anakandaku itu setiap hari akan makan sebiji apple..sejak dari kecik dah terbiasa.
Oleh itu stok apple memang akan ada kat rumah. Ntah macamana hari tu aku beli apple lebih sikit kes malas nak keluar banyak kali dan ayah aku pon beli jugak. So ada lebih kurang 5 bungkus apple dalam rumah. Aku pun memulakan misi mencari resipi yang berkenaan apple..Mula-mula nak buat kek tapi macam dah muak dan tetiba ternampak resipi Apple Crumble ini. Jom kita tengok :

Resipi asal disertakan tapi mana yang aku dah modified aku letak sekali.Ikot tekak sendiri yer..

Bahan- bahan yang diperlukan :



3 biji Granny Smith Apple 
Aku pernah gunakan kedua-dua apple dalam dish yang sama and happen to be semua pakat dok korek green apple. Red apple rasa macam kering sket. Atau maybe red apple aku hari tu tua, ataupun mungkin kes sabotaj, hmmm???



170gram / 6oz butter  
aku gunakan buttercup, apa motif bagitau brand pon tak tau. Nak kata dapat komisen pon tidak.



170gram / 6oz gula 
perhatian ye puan-puan, I ni bukan pemanis orangnya, my Other Half selalu bagitau kalau bukan manis bukan dessert la namanya tapi aku tetap tak tahan manis.Oleh itu dalam resipi ni aku kurangkan kepada 140-150 gram gula. Dan aku gunakan brown sugar sebab aku selalu merasakan brown sugar taste just right with apple.



280 gram /10 oz tepung naik sendiri 
yang ni pulak aku pakai tepung biasa je sebab yang tu je ada kat dapur..hee~


optional : serbuk kayu manis
               cornflakes/ rolled oats


I tak bubuh pon tapi one day nak try letak cornflakes, kalau buh oat takut muak


Cara nak buat : 


1. Sebelum apapa, baca Bismillah dan selawat banyak-banyak, kan nak bagi orang tersayang nak makan :)


2. Panaskan oven- 180 degree nanti senang dah siap terus masukkan dish je


Mula- mula kita buat crumble dahulu. 


3. Dalam satu mangkuk yang besar, gaulkan butter dan tepung sehingga sebati. Untuk peringkat permulaan, aku guna garfu. lebih senang untuk dibuat.


4. Selepas agak sebati baru kita ambil gula dan jadikannya crumble. Yang part ni aku pakai tangan yang dibasuh dengan antibacterial soap. Macam aku suka crumble tu kasar, tapi kalau tengok kat kedai slalunya halus mulus gebu gitu.


5. Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tambah oat dan cornflakes sebaik-baiknya lakukan sekarang.


Tempoh masa diambil : 3 minit (profesional) 7 minit (aku ler tuu)


6. Susun apple yang dipotong dalam oven dish dan taburkan cinnamon.Jangan banyak ye, sat lagi rasa pon dah lain. Just secubit dua gitu je.


7.Taburkan gula yang selebihnya tadi ke atas apple. Kalau boleh biar sebati dengan apple ye.


8. Lepas tu ratakan crumble ke atas apple yang disusun tadi.


9. Bakar dalam 30-35 minit atau sampai keperangan. Siapp!!!!!


10. Sila tunggu dalam 10-15 minit baru makan sebab they can stay really hot. Tak pasal-pasal deria rasa anda tidak berfungsi dan masa tu, apa pon tak rasa dah.


Senangkan, kalau nak simple serve dengan ice cream tapi aku suka custard sauce.
Sebenarnya boleh je nak potong apple dulu tapi selalunya apple kan cepat tukar warna.
Tambah pulak aku masak ni selalu anakanda pun jadi penolong terhormat. Sebab tu aku buat crumble dulu supaya takdela apple ku ter'expose' lama-lama..


Selamat mencuba!











Wednesday, June 27, 2012

Anak oh Anak..

Aku sedang melalui fasa yang amat mencabar kesabaran sekarang..
aku namakan fasa anak dua tahun
waaaah, sungguh mencabar okay..
Tak taulah anak orang lain tetapi anak aku yang pandai dan bersemangat itu(tengah mendoakan beliau, Amin) betul-betul berjaya membuatkan aku lesu..
Sekali lagi semalam berjaya membuatkan suara aku parau dan garuk dek kerana rutinku yang asyik menjerit sahaja di rumah,
Apa yang aku perhatikan, sekarang dia suka merampas, tak nak kalah dan suka memberontak.
Pendek kata anakku Rayyan Hadiff ini sungguh berjiwa pahlawan, mewarisi perangai bapanya barangkali.
Kalau tengok pada diri mamanya ini, sangat berbeza..lemah lembut, sopan santun dan manja yang boleh diterima, ahakss..

Sebelum tidur semalam aku bermuhasabah diri..
kenapala aku lepaskan geram kat si kecik ni..bukannya dia tau apa pon..
aku kena belajar untuk bersabar..which i fail most of the time..aku akui itu..aku memang cepat hilang sabar..
kalau tengah jem, padahal lagi 500m nak sampai..aku sanggup ikut jalan jauh janji kereta aku bergerak..padahal kalau aku tunggu lagi 20 minit mungkin aku dah sampai..pftt..
contoh lain, kalau aku layan cerita korea dekat tv nanti dah hilang kesabaran aku mulalah aku gi kedai pastu beli cd pastu tengok cd last sebab nak tau ending..oh, apakah???

Hari ini waktu driving ke office, kepala aku rancak nak pasang strategi menangani fasa aku ni :
semalam sebelum tido sempat aku mengunakan khidmat encik Google untuk selesaikan masalah dalaman aku nih..

1) Fahami anak kita.Adakah sejak azali beliau begitu, ataupun ada unsur persekitaran yang menyumbang ke arah perlakuan beliau

Case study mestilah Rayyan Hadiff

Sifat pahlawan anak aku itu bermula dengan kehadiran Faliq. Mengikut pemerhatian aku dia merasakan Faliq itu pesaing dia maklumlah Faliq itu comel dan putih...hahah..Kau tetap paling comel di hati mama, Hadiff..Kesian kat Faliq, syukur anak buah aku sorang ni sangat beralah orangnya..tapi hikmah di sebalik kejadian adalah aku dapat membayangkan macamana kalau Hadiff dapat adik nanti, Insya Allah. Mungkin ini adalah proses aku mempersiapkan diri untuk hadapi Hadiff berhadapan adik dia elak..hohoho.berangan..

Apa yang aku simpulkan, he is an attention seeker..Kalau dia rasa dia 'kurang' diberi perhatian makanya dia akan membuat apa sahaja demi perhatian kami seperti, melompat, membuang kusyen ke lantai, menyanyi kuat-kuat dan juga mencubitt Faliq yang gebu dan mulus itu. 

2) Setelah punca dikenalpasti, kita cuba cari jalan penyelesaian. Sentiasa memberi perhatian pada beliau iaitu puji-pujian setiapkali sesuatu tindakan dibuat. dengan ini akan dapat menenangkan emosi nya dan sekaligus dapat meningkatkan self confident anak itu. Tapi jangan salah puji pula contohnya :

"Uyyoo, power la anak mama gigit tangan dia"
"Pandainya anak mama sepahkan rumah.Memang kreatif."
ataupun,
Waaah, hebatnya anak mama. Sebiji macam ultraman"

Kata-kata adalah doa. Apatah lagi dari ibu bapanya. Maka fikir sebelum bercakap yer, mummy and daddy

3) Jika barang atau mainan yang direbuti jangan rampas terus dari mereka. Sepatutnya kita minta secara baik-baik, kalau memerlukan untuk menarik secara keras kita perlu beritahu dan tarik secara tegas dan sorokkan terus. Senang!hahaha..Itu memang keje aku la..sorokkan barang je keje..Silap aku adalah kadang-kadang aku akan rampas, beri pada pesaing Hadiff dan terus memarahi beliau kerana tak dengar cakap dan lepaskan geram. Sorry ye sayang.. Mama akan cuba yang terbaik..

4) Alihkan anak dari tempat yang menyebabkan mereka lepaskan marah. Selalunya kalau Hadiff tengah menunjukkan perangai, aku akan dukung dan bawa dia dalam bilik. Ketika tu dia akan merayu nak minta keluar tapi aku buat tak reti jer.. lepas dia dah ok aku akan peluk dia kuat-kuat. Kalau time tu aku tengah stress dengan aku aku sekali menangis sebab tak tau nak buat apa..hahaha..time tu Hadiff yang akan panik dan pujuk aku..Ha, tau pon!

5) Ini adalah yang TERPENTING. Ibu bapa sendiri yang harus mengawal emosi nya sebelum berhadapan dengan anak. Anak kan cermin mak ayahnya. Kalau kita pon pemarah dan panas baran jangan salahkan anak pula. Dush!Terasa tertampar muka ku ini, So cemana tu..nak anak penyabar bagai tapi mamanya pula yang cepat emosi..huwaaaaaa...takpe..aku berazam akan meningkatkan kesabaran dan belajar untuk bertenang.

Kat bawah ni adalah search yang sangat bagus untuk dikongsikan dengan korang :

Penulisan Sdr Rashidah Mustaffa  dalam SOLUSI keluaran 42 mukasurat 30 – 31. Bagus untuk dibaca oleh semua ibubapa.
Antara sebab yang menjadi anak-anak panas baran ialah :
(Case study : Rayyan Hadiff, mungkin berbeza dengan anak-anak yang lain)
1. Faktor genetik. - hmm ikot mama ke papa ke tok wan..eh???
2. Rasa lapar.- tak mungkin anakku itu..asyik ngudap jer
3. Keletihan. - maybe
4. Tidak mendapat apa yang dikehendaki.- absolutely
6. Tidak mendapat perhatian.- definitely
Antara saranan penulis untuk mendidik anak mengawal kemarahan ialah :
1. Marah kerana Allah SWT.- Insya Allah
2. Urus kemarahan anak-anak dengan cara yang hikmah.- akan dipraktikkan
3. Sentiasa ingat Allah.- kalau dah marah tu, itulah yang terbaik
4. Perbanyakkan ta’awwuz.- Insya Allah
5. Berdiam diri.- errr????Mama akan cuba
6. Tenangkan dan ubah posisi.- itu yang mama selalu buat
7. Menghukum.-dengan cara yang adil..bukannya niat untuk melepaskan geram
8. Hayati sirah Nabi SAW.- akan ku selalu dengari anak-anakku dengan kisah para Nabi dan sahabat. Insya Allah :)
 Tips-tips lain :
1. Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.
2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada makanan ringan (jajan), jeruk, air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya bagi mereka kismis mengikut bilangan ganjil.
3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada diluar rumah pada waktus senja sehingga Isyak.
4. Bacakan surah al-Soffat, surah al-Jin dan Surah Yassin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut dan juga jadikan minumannya.
Ada banyak lagi yang aku google tapi so far bila dah baca sedikit sebanyak Insya Allah akan cuba untuk perbaiki diri ini..
Wish me luck ye kenkawan..

Wednesday, June 13, 2012

My 2012 Trip : Disneyland Paris

Okay.. I know..
Cerita ini sudah basi tapi I owe some people to share my stories..
Okay, actually dah tak berapa nak ingat sangat..cerita dah basi..
I've been so busy lately and my mind has been occupied 110% with work plus imbalance hormone *tetiba*
This trip was planned 6 months before..
I love travelling so much..I think I'd inherit this passion from my parents, my mother especially.
Okay, back to my story..
Sebenarnya Disneyland Paris ni langsung tiada dalam agenda..
Ni semua plan my Brother, Azmil yang dok kat Dublin tu.
Frankly, me and husband is not a-rider-lover-type, so all the rollercoasters bagai tu, we don't fancy them.hate them precisely.
It's not that I takut ke gayat ke, cuma tiap kali naik tu I stress tak ingatnya, mayb takut hingga stress.
Memandangkan Azmil insisted so much then we booked our stay for 4 days 3 nights at Hotel Santa Fe.
I've got tips for you people yang nak dapat harga masuk Disneyland dengan lebih murah.
I baru perasan yang kalau kita book as foreigners cthnya dari Malaysia, Indonesia or etc harga adalah way different from the local atau europeans.
Kitorang baru notice bila tetiba my brother cakap harga kitorang macam mahal padahal we did the same booking cuma address kitorang je lain.He is from Dublin and me from Malaysia.
Hmm...tak boleh jadi ini lalu aku yang rajin ni terus google and meng'google'
and tara!I found this blog (refer sini ye kenkawan) which helped me a lot!
thank you so much, miss zura yang comel lote..she's being so nice and kind.
Ada few things yang I confused and i personally emailed her and she replied!
It helped me a lot and I got way cheaper rate.Yey!!


Day 1


Date : 25.3.2012
Time : 12.40am
Flight : Malaysia Airlines  (baiklah, flight agak buruk tapi servis tiptop,time ni hadiff belum cukup 2 tahun and tak dapat seat but stewardess sangat baik..slalu entertain hadiff and dapat banyak sangat makanan. perfecto untuk orang yang travelling with small kids)
thank you, MAS. 


thank you darling for being so well-behaved for 14 hours flight 

sambil tunggu bag sampai kat CGD : hadiff and mini eiffel tower



Hadiff kesilauan. Kitorang di perkarangan hotel..nampak macam panas tapi sijuk gilakk..

From Santa Fe to Disneyland-shuttle bus disediakan. sangatla tip top servisnya.paling lama tunggu 10 minit

In front of Disney Village

Our first ride


aummm..telan hadifff



calm down, honey..rex is a friend (foto ini diambik sewaktu hadiff tak perasan kewujudan dinosor kat blakang nun)


end of day 1

notakaki : banyak sangat pic sampai tak tau nak upload yg mana..























Friday, November 26, 2010

Wut to do if..

Yeah,entry ini tepat sekali dengan pengalaman sy sejak dua menjak nih..
Wut to do if.."DEMAM"


Ni adalah petua/tips hasil sy interview otai2 teman sekerja, usaha gigih google di kala 2,3 pagi n bla..bla..
Ok,kalau anda mengesyaki anda demam,selsema dan batuk berkahak, sila :


1) Check temperature anda dengan thermometer yg paling diyakini. (amik2,3 kali baru konfiden)
2) Lumur asam jawa pada dahi dan ubun-ubun (bagi panas kuar sket-quoted by Kak Milah)
3) Minum air kelapa (ko jangan letak ais pulak,tu cari penyakit-quote Kak Milah jugak)
4) Amik daun sirih,ramas-ramas,sampai kuar air then lumur kat dada,konon hilang batuk n kahak
5) Mandi awal..time Subuh gitu.Kalo dah pukul 11 tu tak payahla nak kira awal,k
6) Minum air suam or 100 plus banyak2..elakkan dehydrate boleh redakan batuk jugak
7) No 'ICE'!!! (peringatan tuk diri senirik jugak)

Hm..setakat ni tu jelah..yang lain tu asyik berulang sama jer..
So, any petua to share, ANYONE??