Wednesday, June 27, 2012

Anak oh Anak..

Aku sedang melalui fasa yang amat mencabar kesabaran sekarang..
aku namakan fasa anak dua tahun
waaaah, sungguh mencabar okay..
Tak taulah anak orang lain tetapi anak aku yang pandai dan bersemangat itu(tengah mendoakan beliau, Amin) betul-betul berjaya membuatkan aku lesu..
Sekali lagi semalam berjaya membuatkan suara aku parau dan garuk dek kerana rutinku yang asyik menjerit sahaja di rumah,
Apa yang aku perhatikan, sekarang dia suka merampas, tak nak kalah dan suka memberontak.
Pendek kata anakku Rayyan Hadiff ini sungguh berjiwa pahlawan, mewarisi perangai bapanya barangkali.
Kalau tengok pada diri mamanya ini, sangat berbeza..lemah lembut, sopan santun dan manja yang boleh diterima, ahakss..

Sebelum tidur semalam aku bermuhasabah diri..
kenapala aku lepaskan geram kat si kecik ni..bukannya dia tau apa pon..
aku kena belajar untuk bersabar..which i fail most of the time..aku akui itu..aku memang cepat hilang sabar..
kalau tengah jem, padahal lagi 500m nak sampai..aku sanggup ikut jalan jauh janji kereta aku bergerak..padahal kalau aku tunggu lagi 20 minit mungkin aku dah sampai..pftt..
contoh lain, kalau aku layan cerita korea dekat tv nanti dah hilang kesabaran aku mulalah aku gi kedai pastu beli cd pastu tengok cd last sebab nak tau ending..oh, apakah???

Hari ini waktu driving ke office, kepala aku rancak nak pasang strategi menangani fasa aku ni :
semalam sebelum tido sempat aku mengunakan khidmat encik Google untuk selesaikan masalah dalaman aku nih..

1) Fahami anak kita.Adakah sejak azali beliau begitu, ataupun ada unsur persekitaran yang menyumbang ke arah perlakuan beliau

Case study mestilah Rayyan Hadiff

Sifat pahlawan anak aku itu bermula dengan kehadiran Faliq. Mengikut pemerhatian aku dia merasakan Faliq itu pesaing dia maklumlah Faliq itu comel dan putih...hahah..Kau tetap paling comel di hati mama, Hadiff..Kesian kat Faliq, syukur anak buah aku sorang ni sangat beralah orangnya..tapi hikmah di sebalik kejadian adalah aku dapat membayangkan macamana kalau Hadiff dapat adik nanti, Insya Allah. Mungkin ini adalah proses aku mempersiapkan diri untuk hadapi Hadiff berhadapan adik dia elak..hohoho.berangan..

Apa yang aku simpulkan, he is an attention seeker..Kalau dia rasa dia 'kurang' diberi perhatian makanya dia akan membuat apa sahaja demi perhatian kami seperti, melompat, membuang kusyen ke lantai, menyanyi kuat-kuat dan juga mencubitt Faliq yang gebu dan mulus itu. 

2) Setelah punca dikenalpasti, kita cuba cari jalan penyelesaian. Sentiasa memberi perhatian pada beliau iaitu puji-pujian setiapkali sesuatu tindakan dibuat. dengan ini akan dapat menenangkan emosi nya dan sekaligus dapat meningkatkan self confident anak itu. Tapi jangan salah puji pula contohnya :

"Uyyoo, power la anak mama gigit tangan dia"
"Pandainya anak mama sepahkan rumah.Memang kreatif."
ataupun,
Waaah, hebatnya anak mama. Sebiji macam ultraman"

Kata-kata adalah doa. Apatah lagi dari ibu bapanya. Maka fikir sebelum bercakap yer, mummy and daddy

3) Jika barang atau mainan yang direbuti jangan rampas terus dari mereka. Sepatutnya kita minta secara baik-baik, kalau memerlukan untuk menarik secara keras kita perlu beritahu dan tarik secara tegas dan sorokkan terus. Senang!hahaha..Itu memang keje aku la..sorokkan barang je keje..Silap aku adalah kadang-kadang aku akan rampas, beri pada pesaing Hadiff dan terus memarahi beliau kerana tak dengar cakap dan lepaskan geram. Sorry ye sayang.. Mama akan cuba yang terbaik..

4) Alihkan anak dari tempat yang menyebabkan mereka lepaskan marah. Selalunya kalau Hadiff tengah menunjukkan perangai, aku akan dukung dan bawa dia dalam bilik. Ketika tu dia akan merayu nak minta keluar tapi aku buat tak reti jer.. lepas dia dah ok aku akan peluk dia kuat-kuat. Kalau time tu aku tengah stress dengan aku aku sekali menangis sebab tak tau nak buat apa..hahaha..time tu Hadiff yang akan panik dan pujuk aku..Ha, tau pon!

5) Ini adalah yang TERPENTING. Ibu bapa sendiri yang harus mengawal emosi nya sebelum berhadapan dengan anak. Anak kan cermin mak ayahnya. Kalau kita pon pemarah dan panas baran jangan salahkan anak pula. Dush!Terasa tertampar muka ku ini, So cemana tu..nak anak penyabar bagai tapi mamanya pula yang cepat emosi..huwaaaaaa...takpe..aku berazam akan meningkatkan kesabaran dan belajar untuk bertenang.

Kat bawah ni adalah search yang sangat bagus untuk dikongsikan dengan korang :

Penulisan Sdr Rashidah Mustaffa  dalam SOLUSI keluaran 42 mukasurat 30 – 31. Bagus untuk dibaca oleh semua ibubapa.
Antara sebab yang menjadi anak-anak panas baran ialah :
(Case study : Rayyan Hadiff, mungkin berbeza dengan anak-anak yang lain)
1. Faktor genetik. - hmm ikot mama ke papa ke tok wan..eh???
2. Rasa lapar.- tak mungkin anakku itu..asyik ngudap jer
3. Keletihan. - maybe
4. Tidak mendapat apa yang dikehendaki.- absolutely
6. Tidak mendapat perhatian.- definitely
Antara saranan penulis untuk mendidik anak mengawal kemarahan ialah :
1. Marah kerana Allah SWT.- Insya Allah
2. Urus kemarahan anak-anak dengan cara yang hikmah.- akan dipraktikkan
3. Sentiasa ingat Allah.- kalau dah marah tu, itulah yang terbaik
4. Perbanyakkan ta’awwuz.- Insya Allah
5. Berdiam diri.- errr????Mama akan cuba
6. Tenangkan dan ubah posisi.- itu yang mama selalu buat
7. Menghukum.-dengan cara yang adil..bukannya niat untuk melepaskan geram
8. Hayati sirah Nabi SAW.- akan ku selalu dengari anak-anakku dengan kisah para Nabi dan sahabat. Insya Allah :)
 Tips-tips lain :
1. Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.
2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada makanan ringan (jajan), jeruk, air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya bagi mereka kismis mengikut bilangan ganjil.
3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada diluar rumah pada waktus senja sehingga Isyak.
4. Bacakan surah al-Soffat, surah al-Jin dan Surah Yassin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut dan juga jadikan minumannya.
Ada banyak lagi yang aku google tapi so far bila dah baca sedikit sebanyak Insya Allah akan cuba untuk perbaiki diri ini..
Wish me luck ye kenkawan..

2 comments:

  1. Fuhh.... banyak ilmu dayah hari ni.. heeee~

    ReplyDelete
  2. oh my dear sis!!!
    a very good tips!!
    thanx u!!
    even fiza lum alami fasa macam kak wani face skrg, tapi sedikit sebanyak ade
    fiza tertanya2 jgk mcm mana anak org lain eh..hehehe
    skrg faris cpt betul blaja dr taska n dari kazen die, ok, umi kne extra sabar

    wish us luck!! :))

    ReplyDelete