Tuesday, July 3, 2012

A Night with Hadiff

Situasi #1 :

Bawak Hadiff ambil angin menaiki kereta. Tetiba sangkut kat jem sikit. Ada sebiji kereta yang tak menyempat-nyempat nak mencelah belah kiri di jalan yang sempit itu.

Mama : tekejut aku (nada perlahan)

seminit kemudian

Hadiff : tekejut aku (nada yang jelas dan perlahan)

Papa jeling mama.

Situasi #2

Perjalanan mencari makan diteruskan, mama dan papa berborak kosong.
Hadiff diam sambil meng'enjoy' scenary kat luar.
Tiba-tiba..

Hadiff : Akuu jugak..

Mama dan papa terpinga-pinga.

Mama : dengar dia cakap tak?

Papa : Ehh.. tu, macam scene Upin-Ipin je..

Mama : A'ahla..dalam episod 'Berkebun' quoted by Mael

Papa terus berzikir dan selingan dengan lagu ABC dan Alif Baa Taa..

Adoii..

Peringatan untuk Mama : Sila berhati-hati bila bercakap dengan suami, orang sekeliling, anak anda dan termasuk diri anda. Ada jugak yang nak copycat ni karang..Haihh..


2 comments:

  1. Replies
    1. tau xpe?huwaaa...macam-macam vocab dia yang buat kak wani tergelak..

      Delete