Thursday, March 31, 2011

::Dari Mama untuk Rayyan Hadiff::

Anakanda mama,
Sepatutnya mama postkan entry ini khusus pada hari kamu dilahirkan..
Tapi mungkin masa yang tidak mengizinkan..
Mungkin juga banyak hal yang perlu diselesaikan
tapi ingat,sayang..
Mama tidak pernah lupakan waktu dan saat kamu dilahirkan..
Mana mungkin mama melupakan waktu mama mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan kamu,nak
Mana mungkin mama melupakan detik mama bergelar ibu
Gelaran dan anugerah dari Allah yang mungkin tak semua orang kecapi
Syukur padaMu, Ya Allah..

Tanggal 26hb Mac 2010, mama dimasukkan ke dalam  hospital Pusrawi kerana bukaan menunjukkan 3cm
Masha Allah,langsung mama tak perasan..
Sampailah bukaan 5cm pun mama tidak merasainya, Subhanallah..
Lantas mama diberikan epidural kerana itu pilihan mama..
Bukaan menunjukkan 10 cm namun setelah diteran kamu masih enggan keluar,nak
Rupa-rupanya posisi kamu dalam keadaan mendongak dan kamu tersangkut di celah paha mama..
Doktor Marsita meminta izin untuk melakukan pembedahan memandangkan nadi kamu mula menurun
Mak Tok dan Papa yang menemani kita mulai cemas
Tapi mama tetap tenang kerana mama tahu Allah bersama kita dan semua yang berlaku kehendakNya
Mama diusung ke dalam dewan pembedahan dan ketika itu mama keletihan
Mama penat,sayang..dan mama dahaga yang amat..
Sewaktu mereka membedah perut mama, hanya Allah sahaja dalam pemikiran mama..
Dengan izin Allah, kamu keluar melihat dunia tepat pukul 4.43 am tanggal 27 Mac 2010
Seluruh pasukan di dewan bedah berzikir memuji Allah " Subhanallah" beberapa kali dengan kuat sehingga lidah mama kelu..
Mereka tunjukkan kamu kepada mama..dan mama menangis seiring dengan tangisan kamu yang kuat..
Mama sekarang bergelar seorang ibu dan kamu adalah amanah Allah untuk mama..
Setelah itu mama pengsan dan denyutan nadi mama turun..
Mama tidak sedarkan diri sehingga mama diusung keluar dari dewan pembedahan
Apabila mama bangun mama terasa dahaga yang amat..sehingga mama merayu untuk diberikan air
setitis cukuplah,kata mama..
Mama teringatkan kamu..pasti kamu lapar,kan nak..
Akhirnya dengan kudrat yang ada, mama berjaya menyusui kamu dengan susu mama..

Begitulah serba ringkas mengenai pertemuan kita, Rayyan Hadiff bin Shamsul Afiq Sani
Bukan mama mahu mencanangkan pengorbanan mama..
Untuk tatapan ikhlas buat kamu dan mama juga..
Melalui hari-hari bersamamu membuatkan mama sentiasa menghargai apa yang ada
Mama ingin menjadi seorang yang lebih baik..
Menjadi seorang pemegang amanah bukan kerja mudah,
Mama dan papa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kamu,
Mama mungkin tidak mampu memberikan harta yang melimpah ruah,
tapi mama tidak mungkin akan memberikan kesusahan kepada kamu,
bukan juga bererti memanjakan kamu..dunia ini tidak semudah yang kita sangka,sayang..
Apa yang mampu mama cuba ialah memberikan didikan agama dan moral secukupnya
buat bekalan kamu dalam mengharungi dunia penuh dengan dugaan
Untuk permulaan, biarlah mama curahi kamu dengan kasih sayang dan mengenyangkan perut kamu dengan susu mama,
Tidak mama izinkan walau setitis susu lain mengalir dalam perut kamu itu,
Itulah bukti cinta mama kepada kamu,Rayyan Hadiff
Demi cinta itu, mama sanggup berjaga malam setiap 3 jam untuk mengepam susu buat mu
Allah tidak mengurniakan susu mama semewah orang lain,nak
tapi mama tekad demi kamu..ikrar mama..
sehingga setahun tiada susu yang mengenyangkan kamu
melainkan susu mama..
Dan tanggal 27.3.2011 mama mengotakan janji mama..
Mama berjaya,Rayyan Hadiff
Dalam tak sedar mama menangis terharu dengan kejayaan mama..
Dugaan bukan sedikit,sayang..Susu tak mewah,seluruh stok susumu dibuang di waktu pengeluaran susu umpama kais pagi makan pagi..
tapi dengan izin Allah, setahun cukup kamu hanya minum susu mama disulami dengan air suam
Seingat mama inilah kepuasan mama yang terhebat..
tapi perjuangan mama tidak akan sesekali terhenti setakat ini
mama akan berikhtiar sehingga kamu cukup 2 tahun setengah..Insha Allah
Istilah 'nek ai' akan sentiasa berbunga di hati mama..
Itulah panggilan mu terhadap susu mama..

Sayang mama, Rayyan Hadiff..
Di saat ini kamu tidak lagi mengenal cinta lain selain dari cinta kami,nak..
Tidaklah kamu merasai peritnya dunia ini yang penuh dengan kekejaman
Sesungguhnya jika terdaya tidak akan mama izinkan kamu disakiti,
Tidak akan biarkan kamu dikhianati,
Tapi itulah lumrah dunia, nyawaku
Itulah kehidupan namanya,
Akan ada jatuh bangun disitu,
Akan ada menangis dan kegembiraan dirasai..
Tapi kamu jangan bimbang, sayang
Mama dan Papa akan disamping kamu,nak..
Kami akan sambut kamu di kala kejatuhan,
menyokong kamu di kala tersadung,
memeluk kamu di kala kamu perlukan,

Cuma ingat pinta mama,
Berterima kasihlah kamu pada papa..
Sesungguhnya kamu sangat beruntung memiliki bapa sebaik beliau,
Mama bersyukur dialah bapa kepada kamu Rayyan Hadiff,
Orang yang mengazankan kamu sewaktu kamu menjenguk dunia,
Tiada yang lain..melainkan dia..
Ingat pesan mama,
Bukan wang yang mama minta mahupun balasan duniawi dari kamu,
Cukuplah kamu ingat pengorbanan mama dan papa,
Doakan kami, bacailah Al-Quran dan sedekahilah fadhilatnya pada kami,
Boleh kan,sayang mama?

Di harap coretan mama tidak membosankan kamu..
Merangka ayat bukan kelebihan mama,
Apa yang kamu perlu tahu, mama dan papa ikhlas menjalankan amanah kami,
Sayang mama dan papa pada kamu tidak berpenghujung..

Setahun sudah berlalu, dan mama hadiahkan doa supaya kamu diberkati Allah dunia dan akhirat,
Tidak mengapa kamu tidak kacak di mata orang,
ketahuilah kamu lah penawar mata dan penyejuk hati kami,
Dakapan dan ciuman mu menghilangkan kedukaan kami,
Panggilan mama dan papa menambahkan semangat kami,
Semoga sayang mu pada kami berkekalan dan tiada setandingan,
Walau 20 tahun,30 tahun sehingga kami menutup mata..kasih mu langsung tidak berkurangan,
Dengar sayang,
Mama menghalalkan setiap susu yang menitis ke dalam mulut mu,
Itulah hadiah mama buatmu,sayang..

Close your eyes, 
Have no fear, 
The monsters gone, 
He's on the run and your daddy and mommy are here, 

Beautiful Boy, 
Before you go to sleep, 
Say a little prayer, 
Every day in every way, 
It's getting better and better, 

Beautiful Boy, 
Out on the ocean sailing away, 
I can hardly wait, 
To see you to come of age, 
But I guess we'll both, 
Just have to be patient, 
Yes it's a long way to go, 
But in the meantime, 

Before you cross the street, 
Take my hand, 
Life is just what happens to you, 
While your busy making other plans, 

Darling Rayyan Hadiff
Day 1

1 month




2 months



3 months


4 months

5 months

6 months

7 months

8 months

9 months

10 months

11 months











*



**




***




***

Toddler*tears*


 Ikhlas dari Mama
b/p papa (boleh gitu?hehe)







7 comments:

  1. so touching la dear sis!! doakan kite sm2 dpt jd da best mum..insyaAllah..smga dpt beri yg terbaek tuk anak kite,amin :)

    ReplyDelete
  2. rasenye..semua ibu berperasaan sama kan?

    ReplyDelete
  3. speechless.. terharu & sob sob sob..

    ReplyDelete
  4. alamak..janganla sedey mummy2 sekalian..huwaa..nak nanges jugaak

    ReplyDelete
  5. i am so proud of you, nik shazwani... :)

    ReplyDelete